Hakikat 2 Kalimah Syahadah – Pengenalan

2 kalimah syahadat adalah rukun Islam yang pertama, mengatasi solat, puasa, zakat dan Hajj. Dalam bahasa Arab, sekiranya sesuatu itu disebut yang paling terawal, pasti ia bermakna perkara itu amat penting. Imam Ibn Al-Qayyim (rahimahullah) berkata semua jenis ibadah utama dalam rukun Islam, yakni solat, puasa, zakat dan Hajj, berada di naungan 2 kalimah syahadat. Ini memberi isyarat sekiranya rosak 2 kalimah syahadat kita, sekiranya kita tidak memenuhi 2 syarat yang tersirat di dalam 2 kalimah syahadat, amalan kita yang lain tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Syarat-syarat tersirat tersebut adalah:

  • Syarat per-1: Ikhlas i.e. kita tujukan ibadah itu hanya lillahi ta’ala (tauhid)
  • Syarat ke-2: Ittibaa’ i.e. ikut cara Rasulallah s.a.w.

Tetapi sayang sekali ramai yang terlepas pandang syarat ke-2. Mereka lebih mengikut kata tuan guru daripada hadith-hadith yang authentic. Indirectly, doesn’t this imply tuan guru lebih mengetahui amalan baik lebih dari Rasulallah s.a.w.? This is a very dangerous attitude to have.

“…Oleh itu sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.” [Surah Al-Kahf 18:110]

Apakah yang tersirat di dalam ayat ini? Imam Ibn Kathir (rahimahullah) berkata ia bermaksud sesiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Rabbnya untuk collect ganjaran terhadap usahanya yang telah dia lakukan di dunia dahulu, syaratnya 2:

  1. Beramal soleh – amalan dipanggil amal soleh sekiranya ia bersesuaian dengan apa yang diajar oleh Rasulallah s.a.w. Di dalam tafsir yang lain, ia bermakna amalan yang sebetul dan sebenar-benar mungkin. Persoalannya: Amalan siapakah yang paling benar dan betul di dalam segala aspek untuk umat akhir zaman? Tentulah Rasulallah s.a.w.
  2. Jangan sekutu Allah – amalan yang seikhlas mungkin, jangan syirik (syirik kecil ialah riya’, apatah lagi syirik besar).

The Ayah brings us back to the very core foundation: the syahadat. Untuk kita menerima ganjaran di hari akhirat kelak, kedua-dua syarat ini perlu dipenuhi, dan itulah prinsip 2 kalimah syahadat: Tauhid & Ittibaa’. This is why we must give the syahadat, as well as learning and understanding it, our priority.

Salah satu kesimpulannya ialah cukuplah untuk kita beribadah dengan apa yang telah diajar oleh Rasulallah s.a.w. Buka buku Hisnul Muslim dan tanya diri sendiri berapa banyak percentage of those authentic Sunnah yang sudah kita laksanakan dalam kehidupan seharian. Sekiranya masih belum 100%, mengapa kita masih nak mencari amalan-amalan yang tiada dalil?

Allahua’lam.

Reference: Kuliah Ustaz Dr Abdullah Yasin

Advertisements